CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL 1430H


Sabtu, 21 Mac 2009 / 24 Rabiulawal 1430H
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Darussalam, Seri Tioman 1


Penceramah Jemputan :
YBHG DATO' HJ MD HASHIM HJ YAHAYA
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

" WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH "

Muslimin Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

MESYUARAT AGUNG SURAU DARUSSALAM, SERI TIOMAN 1 : AHAD, 1 MAC 2009

Alhamdulillah, tanggal 1hb. Mac 2009 bersamaan 4 Rabiulawal 1430 Hijrah, Mesyuarat Agung Surau Darussalam telah dapat diadakan dengan jayanya. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Hakam Awang Hamat, memohon ke hadrat Allah SWT agar diberikan rahmat dan kemudahan agar majlis tersebut dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Pendaftaran jemaah.


Antara jemaah yang hadir.



Kata-kata aluan Pengacara Majlis, Tuan Hj Hasan Basri Hj Pilus


Bacaan Doa oleh Ustaz Abd Hakam

Seramai 79 orang ahli kariah telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBhg. Ustaz Rohaily @ Abd Rahman b Abdul Hamid, yang juga Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Turut hadir bersama ialah Tuan Hj Hamzah b Abdul Hamid, Pelawat Perumahan DBKL Zon 4 yang mewakili Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Encik Abd Kadir b Ngah, Setiausaha MAPEMS Wangsa Maju dan Ustazah Nor Shamsi bt Hj Mohd Salleh, wakil Penyelaras Masjid Pusat Zon 2, JAWI.

Ucapan Aluan oleh Pengerusi Surau Darussalam, Encik Ismail Zamri

Ucapan Tuan Hj Hamzah Abd Hamid, Penolong Pengurus JPP DBKL Zon 4


Dalam ucapan perasmiannya, YBhg Ustaz Rohaily telah menyentuh tentang pentingnya kita mengamalkan konsep musyawwarah dalam sesuatu tindakan bagi membentuk ummah yang bersatu padu dan kuat serta kukuh. Sesuatu permasalahan itu dapat ditangani dengan baik jika ummahnya bersatu padu dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Beliau berharap Mesyuarat Agung Surau Darussalam dapat berjalan dengan baik dan dapat melantik AJK yang benar-benar mahu berkhidmat kerana Allah agar surau ini dapat terus diimarahkan oleh para jemaah melalui program-program ilmu yang diadakan.

Ucapan Perasmian oleh YBhg Ustaz Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid, mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan.


Seterusnya YBhg Ustaz Rohaily telah sudi melancarkan laman blog surau darussalam, satu lagi kemudahan berita dan maklumbalas yang disediakan oleh pihak Surau Darussalam.

Laman Blog : http://suraudarussalam.blogspot.com/


Sesi menandatangani Buku Pelawat & Penyampaian Cenderamata

Selepas jamuan pagi, bermulalah Agenda Mesyuarat Agung Surau Darussalam pada jam 11.00 pagi. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Encik Ismail Zamri itu telah dapat dijalankan dengan begitu baik dalam suasana kekeluargaan. Semua pembentangan telah diterima dan diluluskan oleh para jemaah.

Sesi mesyuarat & pembentangan laporan tahunan 2006-2008 serta laporan kewangan telah dapat dijalankan dengan penuh tertib dan semangat kekeluargaan.


Bagi Agenda Pemilihan AJK Sesi 2009-2011 telah di pengerusikan oleh Tuan Hj Hasan Basri Hj Pilus. Ketika ini kita dapat lihat konsep pemilihan secara demokrasi telah berjalan dengan begitu baik sekali, dalam suasana yang ceria sambil gelak ketawa tetapi serius. Akhirnya, para jemaah telah sebulat suara memilih gabungan AJK lama dan baru bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Diharapkan barisan AJK baru yang dipilih ini dapat menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan oleh ahli kariah dengan lebih cemerlang.

Sesi pemilihan AJK baru telah dapat berjalan dalam suasana yang ceria dengan gelak ketawa daripada para jemaah yang dicalonkan untuk bertanding, tetapi mahu menarik diri.


Barisan AJK yang dicalonkan untuk bertanding di catatkan oleh Encik Sufian di White Board bagi memudahkan para jemaah membuat pilihan dan mengundi.


BARISAN AJK SURAU DARUSSALAM, SESI 2009-2011 :

Penasihat 1 : YBhg Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak
Penasihat 2 : YBhg. Tuan Hj Ahmad Jais Raduan

Pengerusi : Encik Ismail Zamri
Timbalan Pengerusi : YBhg Ustaz Abd Hakam Awang Hamat
Setiausaha : Tuan Hj Hasan Basri Hj Pilus
Bendahari : Encik Adzlan Othman

Ahli Jawatankuasa :
Tuan Hj Ibrahim Hassan
Encik Abdul Rani Hj Ahmad Zambri
Encik Yusri Nuruddin
Encik Yusoff Khan Guldad Khan
Encik Yaakub Che Mat
Tuan Hj Mohd Amin Yahya
Encik Mokhtar Abdullah
Encik Adnan Mohd Yusof
Puan Rusnani Hanafiah
Puan Sharifah Ismail
Puan Nooraini Omar
Puan Yati Abu Bakar
Puan Majenom Mustapa
Ustazah Hamidah Awang

Pemeriksa Kira-Kira :
Encik Muhd Noh Md Din
Encik Abd Wahab Ibrahim

TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN.
Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Insya Allah....