CERAMAH ISRAK MIKRAJ - RABU, 29 JULAI 2009

KELAS BELAJAR SEMBAHYANG (KBS)


Selepas kerja-kerja menaik taraf kemudahan surau selesai dilakukan, maka pada hari Sabtu, 25hb. Julai 2009, Kelas Belajar Sembahyang untuk anak-anak kariah telah dibuka semula. Pembelajaran pada hari tersebut merangkumi bab puasa ramadhan.


Sebilangan pelajar-pelajar lelaki yang hadir.


Antara pelajar perempuan yang hadir.

MESYUARAT AJK SURAU, BIL. 04/2009-2011


Tarikh : 21hb. Julai 2009/28 Rejab 1430H (Selasa)
Masa : Selepas solat Isyak


WAJAH BARU SURAU DARUSSALAM




GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU - AHAD, 19 JULAI 2009


Selepas ditutup selama sebulan untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan di dalam dan diluar surau oleh Kontraktor ICU JPM, maka pada hari Ahad, 19hb Julai 2009 mulai jam 9.30 pagi para jemaah telah mengembeling tenaga bagi membersihkan keseluruhan Surau Darussalam.
Pada sebelah malamnya, kerja-kerja mencuci dan membersihkan karpet dilakukan oleh kontraktor yang dilantik. Akhirnya pada subuh hari Isnin, 20hb Julai 2009, Surau Darussalam telah dapat digunakan semula.

Para petugas berhenti rehat sebentar untuk makan & minum.

Karpet yang tercemar akibat air bilik mandi yang bocor.

Kebocoran dari saluran air bilik mandi di tingkat satu.

Karpet yang tercemar dan kesuciannya meragukan akhirnya ditanggalkan.

Encik Azman Aziz, Pengurus DBKL Zon 4 & Tuan Hj Hamzah Abd Hamid bergegas ke surau sebaik dimaklumkan berkenaan kebocoran air tersebut yang mengakibatkan sebahagian karpet di dalam surau tercemar.

Jamuan cendol..........


Pemandangan luar surau yang telah di pasang dengan tingkap sliding & dipasang awning.

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM


Tarikh : 23hb. Mei 2009/28 Jamadilawal 1430H (Sabtu)
Masa : Selepas solat Maghrib
"Ceramah Pemakanan Halal-Haram & Peranan Pengguna Islam"
Oleh HPA INDUSTRIES SDN BHD & PAKAT RESOURCES
YBhg. Ustaz Khairuddin Ramli (Pegawai Agama UTM)
Encik Rusli Che Ros (Pakat Resources)

YBhg. Ustaz Khairuddin Ramli sedang menyampaikan ceramah pemakanan halal-haram.
Krew HPA Industries Sdn Bhd yang hadir bersama.


Sebahagian jemaah begitu kusyuk mendengar.....


Encik Rusli Che Ros menerangkan cara-cara diagnosis penyakit melalui tapak tangan.

Jemaah mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Khairuddin ketika sembahyang Isyak.

PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA INDUSTRIES SDN BHD

Pak Long bertanyakan sesuatu daripada Encik Rusli.

Jamuan makan.

Pengerusi Surau Darussalam bersama Ustaz Khairuddin


Antara barangan yang dipamer & dijual.

HPA INDUSTRIES SDN BHD juga menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan modal permulaan yang kecil serta khidmat nasihat dan bimbingan.