Kelas Belajar Sembahyang (KBS)

Pada sesi pendaftaran pengajian tahun 2009, yang bermula pada 17 Januari 2009, Kelas Belajar Sembahyang telah menerima kemasukan yang begitu menggalakkan samada dari pelajar lama mahu pun pelajar baru. Ini merupakan tahun ketiga KBS beroperasi, sejak ianya dilancarkan pada tahun 2006 yang lalu. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi, akan membolehkan anak-anak kariah Seri Tioman 1 lebih mendekatkan diri ke rumah Allah dan melatih anak-anak kita untuk mentaati perintah Allah. Insya Allah.

Berikut adalah paparan ketika hari pendaftaran pelajar - 17 Januari 2009 :


Program Bicara Perdana sempena Maal Hijrah 1430H.

Tarikh : 27 Disember 2009 / 29 Zulhijjah 1429H (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Seri Tioman 1

Penceramah Jemputan :
S.F. USTAZ HARITH FADZILAH HJ ABD HALIM
Ketua Penolong Pengarah Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan

Mesyuarat Kariah Bil. 02/2008-2009 (Masjid Sallahuddin Al-Ayyubi dan Surau/Madrasah, Kariah Taman Melati.

Tarikh : 25 Disember 2008 / 27 Zulhijjah 1429H (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Surau Darussalam, Seri Tioman 1
Mesyuarat di Pengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj Abd Rahim Abd Hamid, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Ini merupakan mesyuarat ke-2, selepas Madrasah Iktisamiah menjadi tuan rumah yang pertama pada bulan September 2008 yang lalu.
Seramai 21 orang telah menghadiri mesyuarat pada kali ini, yang mewakili Madrasah/Surau-Surau dalam kariah Taman Melati. Turut hadir, Setiausaha Masjid, Ustaz Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid dan Setiausaha MAPEMS, Encik Abd Kadir Ngah. Berbagai isu dua hala (Masjid & Surau) di perbincangkan. Semoga ianya akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Insya Allah.

Sesi bergambar selepas mesyuarat.