Mesyuarat Kariah Bil. 02/2008-2009 (Masjid Sallahuddin Al-Ayyubi dan Surau/Madrasah, Kariah Taman Melati.

Tarikh : 25 Disember 2008 / 27 Zulhijjah 1429H (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Surau Darussalam, Seri Tioman 1
Mesyuarat di Pengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj Abd Rahim Abd Hamid, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Ini merupakan mesyuarat ke-2, selepas Madrasah Iktisamiah menjadi tuan rumah yang pertama pada bulan September 2008 yang lalu.
Seramai 21 orang telah menghadiri mesyuarat pada kali ini, yang mewakili Madrasah/Surau-Surau dalam kariah Taman Melati. Turut hadir, Setiausaha Masjid, Ustaz Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid dan Setiausaha MAPEMS, Encik Abd Kadir Ngah. Berbagai isu dua hala (Masjid & Surau) di perbincangkan. Semoga ianya akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Insya Allah.

Sesi bergambar selepas mesyuarat.

No comments:

Post a Comment